Aku meneguk kopi pagi itu sambil aku memikirkan apa yang akan
aku blogkan …
Aku naik malas nak blog tentang bolasepak yang mengecewakan
tahun ini, Satu pertandingan akhir perlawanan bola sepak Piala Euro 2012 yang
membosankan.
Minggu yang sangat memenatkan bagi aku menunggu dan tidak
mendapat tidur yang cukup dan bukan aku saja ..tentu juga pada semua peminat
peminat bola. Dalam boring menunggu game final pada pagi itu..aku tekan sana dan tekan sini dengan
remote kontrol aku. Ahh..terima kasih kepada alat kawalan jauh itu, Aku boleh ‘flip
siaran tanpa mengerakan badan. Kebetulan, aku ‘terflip ke satu saluran radio, tiba tiba aku terdengar lagu 'LIZAWATI'
berkumandang. Hah? DJ mana tu yang mainkan? Atau memang sudah di
programkan siarannya begitu?
Aku tersenyum pada diri sendiri, mengingati kembali sebuah lagu yang membawa kenangan yang begitu banyak daripada masa lalu hingga kehari ini
Aku tersenyum pada diri sendiri, mengingati kembali sebuah lagu yang membawa kenangan yang begitu banyak daripada masa lalu hingga kehari ini
Dalam fikiran aku ketika itu aku terus focus memikiran..Hah! dah ada! , Ini lah tajuk yang akan
aku blogkan.. LIZAWATI.
Ramai yang telah salah faham dengan lagu LIZAWATI. ni. Jadi, bagaimana aku nak memulakan cerita "datuk
nenek ni"?
Lizawati. Aku masih ingat bagaimana lagu itu tercipta
dan aku yang menulis liriknya di awal 80-an dengan saorang rakan ku. Aku pasti kebanyakan anda kenal dengan
arwah Osman Ghani.
Dari Album 3 aku
yang bertajuk ‘Tetap Menanti ( lagu ini adalah lagu yang disasarkan menjadi hit
untuk album itu )
Lagu "LIZAWATI sebenarnya sebuah lagu ‘menyelit’
kebetulan pula penerbit kekurangan sebuah lagu, apa lagi aku ambil peluang untuk mencipta
satu lagu bersama rakan aku untuk memenuhi 10 lagu dalam LP itu.
Terkejut Aku!!.. Osman dan juga syarikat rakaman aku yang lagu
LIZAWATI menjadi hit dan menjadi
siulan peminat peminat seni suara ketika itu. Waahhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! Hairan bin Ajaib aku dibuat nya, mana
tidak nya lagu lain yang ‘ditarget
lagu lain pula yang ‘mengena. Alhamdulillah..
Yang peliknya, aku hanya sedar bahawa ramai peminat dan
radio DJ sentiasa akan mengaitkan aku dengan
lagu ini. .Aku tidak faham bagaimana aku boleh menjadi begitu lengkap
segala-galanya untuk seketika. Lagu Lizawati yang menjadi hit? Hm, keajaiban? Pernakah anda terfikir? Walaupun ia
adalah satu masa yang begitu lama aku rasakan ia begitu cepat berlalu. Tiga puluh
tahun hanya berlalu begitu sahaja.
Gelaran dan pangilan yang mereka berikan kepada aku. ‘Rahimmmm
Maaaarofff!!! Dan LIZAWATI !!!, dah menjadi Trademark aku ketika itu. Aku
hanya dapat tersenyum kembali bilamana mereka mula berkata dan menyebut perkataan
saperti diatas itu selalu, dan semungkin yang boleh.
Ya, memang betul aku jarang
sekali menyanyikan lagu ini melainkan ia satu permintaan ‘khas’ tapi kadang kadang aku menolak
menyanyikanya walaupun ia satu permintaan khas..
Atau mungkin aku orang yang paling baik dikenali melalui lagu
ini? Sudah semestinya aku mengucapkan jutaan Terima Kasih kapada anda dan kepada stesyen radio yang memainkan lagu
Lizawati, tapi jangan pula lupa yang aku juga mempunyai lagu-lagu lain yang sama
hebat seperti lagu lizawati atau lebih
hebat lagi?
Aku tidak menafikan bahawa lagu ini memberi aku satu
penemuan besar dalam kerjaya awal aku.
Lizawati sabuah lagu yang sentiasa berkhidmat kepada aku dan
nama aku ‘RahimMaarof’ dalam empat dekad yang lalu. Aku sering ditanya semasa di temubual oleh media elektronik mahupun di media cetak.
Aku memohon maaf untuk mengatakan bahawa aku memang bosan dengan soalan yang sama.
Jangan salahkan aku, bagaimana anda pun akan merasa, jika anda ditanya soalan yang sama selama bertahun-tahun lamanya.
Aku memohon maaf untuk mengatakan bahawa aku memang bosan dengan soalan yang sama.
Jangan salahkan aku, bagaimana anda pun akan merasa, jika anda ditanya soalan yang sama selama bertahun-tahun lamanya.
Sesungguhnya ia adalah sabuah lagu hit. Aku juga ada mengubah
LIZAWATI dalam versi yang berbeza, dalam rentak Salsa pada awal 90-an.
Mungkin aku akan mengubahnya sekali lagi dalam versi rockish. Kenapa?, Anda semua tahu mengapa kan ?. Kerana aku ada lah seorang yang ‘versatile.
* Drum rolling * terrrrrrr;;;;saat yang anda semua tunggu
tunggu. Siapakah LIZAWATI?
Satu soalan yang ramai nak tahu..sila baca terus..
‘
Ya! , Jawapannya tetap
menarik . Memang ada ‘LIZA dalam hidup aku tetapi tidak dengan Wati.
SEKARANG, Aku mendapat perhatian ANDA KAN ?
Aku sentiasa ingat wajahnya ketika aku menyanyikan lagu itu
pada masa lalu.
Semua orang suka dengan kisah cinta, ya? Aku tidak pernah bercerita tentang dia sejak
dari dulu bila ada yang bertanya Siapa
tu Lizawati?. Sekarang Aku ingin mendedahkan.
‘LIZA. Dia memang
wujud dan dia juga seperti Anda dan AKU.
LIZA adalah
namanya. Seorang gadis yang aku kenal dari kampung aku. Dia adalah seorang yang
amat menakjubkan. Ohh... bagaimana dia mencetuskan hidup aku apabila aku hanya
seorang budak lelaki. Aku boleh katakan, Liza adalah cinta pertama aku.
Dia tinggal tidak jauh dari rumah aku di Kota Bharu,
KELANTAN.
Dia begitu cantik, dengan rambut hitam panjang mengurai, aku
boleh mengatakan bahawa rambut sebegitu cantik kuniaan illahi.. walaupun jika
anda sentuh, merasa berdosa untuk berbuat demikian, dan matanya.. Ohh...,
sepasang mata yan sempurna, berkilau .. seperti bintang diwaktu malam, apabila
dia memandang ku. matanya sungguh cantik, aku macam mati dalam kebahagiaan.
Kulitnya cerah dan permukaan kulitnya kelihatan begitu porselin. Aku memuja senyuman
nya apabila dia tersenyum. Ohh... satu senyuman yang mencairkan hati aku setiap
kali aku mencuri pandang sepintas lalu pada Liza. Bibir nya merah jambu. Boleh kah
anda semua bayangkan ‘betapa indahnya Liza.
Aku menjadi resah bila kami bertemu mata
ke mata. Aku dapat merasakan 'bentuk hati merah menyala' keluar dari dada ku dub!
dub!dub!dub dub!, perasaan yang indah seperti apa yang mereka panggil CINTA. Jenis cinta puppy apabila anda berada dalam awal remaja.
Dia melalui rumah aku pada waktu petang selepas sekolah dan
kawan-kawan aku akan mengusik aku. Apa yang boleh aku buat, aku mempunyai sekumpulan
kawan-kawan yang bodoh, mereka akan
mengusik apabila mereka mengetahui aku tertarik pada seseorang.
Aku dapat rasakan Liza pun suka kan aku dan pada masa ketika dia cuba mencuri
lihat pada ku. Aku rasa malu tapi 'steady dan aku hanya tersenyum membalas
senyuman yang menawan itu.
( majallah yang mesti dimiliki oleh remaja di masa lalu ) |
Sama seperti mana-mana remaja melakukannya pada masa kini.? Cuma berlainannya. Tiada dating, tiada berjalan seiringan berpimpin tangan. Aku masih ingat kami cuma bertemu di kelas ugama, di bazaar itu pun dengan cara berkebetulan, kebanyakan hanya perbualan biasa yang dapat kami bualkan.
Aku tidak dapat bayangkan, bagaimana orang boleh jatuh cinta dalam internet?
Memori usang yang aku paling ingat dan hargai.. Ketika aku berjalan dengan Liza selepas sekolah. Kami berbual tentang kelas kami dan bagaimana seorang guru yang menjengkelkan, pada hari yang sama aku mendapat public canning. Malu dan kesal tidak terhingga menggambarkan aku seorang pelajar yang NAKAL.
Liza adalah seorang pelajar yang baik dari keluarga yang sangat berpendidikan, ibu bapa nya ialah Peguam.
Aku ada memberitahu Liza bahawa aku akan ke Kuala Lumpur . Dia kelihatan
macam terkejut dengan berita itu. Liza Tanya.. nok gi KL?
Aku juga ingin berjumpa Liza sebelum
aku bertolak ka Kuala Lumpur. tetapi Liza tidak hadir, bila tiba hari itu. Aku terharu bercampur gembira , pertama
kerana aku akan ka Kuala Lumpur, kedua sedih kerana aku akan meninggalkan kampung
halaman ku dan Liza.
Aku ada pulang ke Kota Bharu untuk bercuti dan semasa Hari
Raya, dengan harapan untuk bertemu dengannya lagi. Tetapi dia tidak ada lagi. keluarganya berhijrah ka luar Negara dan Liza melanjutkan pengajian nya
di sana .. Sejak
dari itu aku tidak pernah berjumpa liza sehingga kehari ini dan ketika aku
menulis blog ini.
Aku sering tertanya-tanya pada diri ini .. Mengapa kehidupan kita ini menyilang (criss-cross ) dengan cara itu?
Atau takdir?
Bebalik kepada penciptaan lagu, dengan Osman yang bermain
gitar dan aku yang menyanyikan dengan beberapa melodi dan lirik yang datang
‘hinggap di kepala kami ketika itu . Aku secara spontan terkeluar perkataan ‘Liza Pada ketika itu, aku mula teringat kepada seseorang…
seorang gadis di kampung ku bernama Liza. Tetapi aku tidak tahu nama penuh nya...
Osman tahu yang aku boleh ‘berlagu dengan mana-mana melodi yang
dia mainkan dengan gitarnya dan dia
menyertai aku dengan bersenandung bersama untuk lagu ini, kira-kira hampir lengkap.. Tetapi fikiran aku terus meminta... aku menambah satu nama sambungan yang sesuai untuk melodi dan lirik lagu ini yang menggambarkan aku memuja seorang gadis yang sangat cantik
Jadi aku namakan lagu ini LIZAWATI .
Apabila lagu LIZAWATI menjadi terkenal dan aku bangga kerana terdapat ramai bayi perempuan yang di lahirkan pada tahun itu dinamakan Lizawati.
Kepada semua anda Lizawatissss .., peminat dan kepada semua
yang belum mendengar lagu ini. Aku sendiri yang mengadunkan video dan lirik
dari versi asal.
Terutama kepada Liza Kota Bharu dengan mesej kau lah impirasi ku..TERIMA KASIH.
4 comments:
salam RR,
bagaimana dengan sejarah lagu-lagu yg lain seperti lagu GERUH?
Kewl story! ;) Anyway, I think you might like to read this story (I wrote it for Nst)
http://www.nst.com.my/streets/northern/live-rock-concerts-were-banned-1.42072
Selamat berpuasa!;)
Salam Ned, Selamat Berpuasa,
Very interesting articles on the NST. What you wrote were true but than maybe there were more to it. To share with you my thought.....Have you register yourself as a voter? Asking you this because I was SURPRISE That only now many artists are registering. Where are the rights of being a Malaysian,
when we are educate to vote when we reach 21 yrs old. I hope there will not be more articles on the voting issue. It might just make them look stupid and not educated, not knowing that, that was our only rightful right. Selamat berbuka puasa. AKUM RAHIM MAAROF. I AM A MALAYSIAN, I DO HAVE THE RIGHT TO VOTE AND pls..DO NOT WASTE IT.
Salam Ned, Happy New Year to you, better late than never. I would like to inform you that I am having a Press Conference on the 16th January, 2013 and would really want you to cover my story. Location at Royal Chulan at 3.00pm to 5.00pm.
I hope to meet you and may 2013 be a good year for you. Akum. Rahim Maarof
Post a Comment